Thursday 17 April 2014

kisah di satu pagi

Assalamualaikum...
Semasa singgah untuk minum pagi di sebuah gerai saya melihat satu suasana  yang pada pendapat saya tidak patut berlaku. Keghairahan untuk bercakap telefon yang tidak dikawal...
Ceritanya mudah sahaja melibatkan  seorang wanita berusia lewat 30-an. Sebaik melihat dia keluar dari keretanya wanita ini sedang berbual dengan seseorang menerusi telefon. Malah dari dalam kereta juga saya sudah memerhati dia yang sedang asyik menelefon.
Ketika sampai di gerai menjual nasi lemak dia memberi arahan kepada penjual gerai itu untuk membungkusnya nasi lemak, siap ditunjuk tunjuknya lauk yang dikehendakinya. Telefon masih di telinga dan dia sibuk berbual tanpa memikirkan tentang si penjual nasi lemak yang sedang membungkus nasi lemak yang dimintanya.
Setelah siap si penjual menghulurkan beg plastik berisi nasi lemak kepadanya, dia bertanya berapa, dengan telefon masih di telinga....si penjual menunjukkan isyarat  3 ringgit dengan jarinya. Satu lagi masalah timbul. Wanita tadi meletakkan telefon di telinganya dengan terus berbual...makin hebat nampaknya dia berbual... kali ini telefon di kepitkan di antara telinga dan bahunya sedang tangan pula membuka beg duit untuk mencari wang membayar si penjual nasi lemak tersebut. Berhempas pulas dia membuka setiap zip beg duitnya untuk mencari wang tiga ringgit....Akibat terkial-kial dengan telefon melekat di telinga dan beg duit di tangan, akhirnya bungkusan nasi lemak jatuh ke tanah...berderai nasi berselerak di atas tanah..walaupun berbugkus, dek kerana terhoyong hayang di tangan wanita itu, akhirnya nasi lemak itu terburai...
Dalam keadaan masih tidak melepaskan telefon di telinganya dia seolah-olah marah kepada si penjual nasi lemak tadi dengan gaya seperti meminta ganti rugi.....minta diberikan bungkusan nasi lemak yang baru.
Mungkin kerana tidak larat nak layan wanita tersebut si penjual nasi lemak itu membungkus yang lain dan menyerahkan kepada wanita itu beg plastik nasi lemak yang baru sambil menunjukkan isyarat tak payah bayar...
Dengan selamba wanita itu bergegas pergi dari situ tanpa ada rasa bersalah pada hal nasi lemak itu jatuh bukan kerana salah si penjual itu pun.
Pengajaran dari kisah ini yang saya ingin kongsi ialah, tolong fokus terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan. Jangan kerana kesilapan kita, orang lain turut menerima kesannya. Kalau singgah nak beli nasi lemak, selesaikan beli nasi lemak dahulu, takkan telefon tu tak boleh nak matikan sekejap...mustahak sangatkah? atau memang sedang bincang projek juta-juta.... maaf cakap la, yang saya dengar hanya cerita kosong, mengata seseorang!
Nauzubillah....saya simpati dengan penjual nasi lemak itu. Dia sangat penyabar orangnya dan hanya tersenyum apabila saya mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat wanita itu. Malah dia sanggup menggantikan nasi lemak baru kepada wanita itu sedangkan wanita itu langsung tidak hormatkan dia...Semoga Allah murahkan rezeki si penjual nasi lemak itu. Kepada yang lain, gunakan telefon di tempat yang betul...jangan sampai sikap kita menyusahkan orang lain.....tak manis tunjuk tingkah laku macam itu!
maaf jika teguran ini menyentuh hati sesiapa - sekadar berkongsi apa yang dilihat...Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.
Wasalam.

Tuesday 15 April 2014

MH370- Jangan berhenti berdoa -


Hari ke - 39!
Jangan putus berdoa wahai rakyat Malaysia.
Teruskan doa kita untuk MH370...jangan dibiarkan ia sepi. Semakin hari terasa semakin jauh tetapi di hati kita tetap dekat dengannya. Pencarian yang tidak akan berhenti. usaha yang tidak pernah kenal jemu.
Kita tidak ada di sana. Kita tidak melihat di depan mata usaha mereka. Tapi kita ada untuk terus bersama. berdoa dan berdoa! Engkau ampunkan segala kesilapan dan dosa kami.
Walau selama mana, di mana juga, pasti akan diteruskan sehingga ditemui.  MH370 di mana? Ya Allah, Engkau Tunjukkan kepada kami.  Engkau singkaplah misteri ini. Tamatkan lah penantian yang tidak ada penghujung ini... rindu yang semakin mencengkam... kerisauan yang tidak pernah berganjak.
KAU legakan hati dan perasaan kaum keluarga mereka yang terus menunggu. Untuk mereka  yang terus menanti, jangan patah semangat. Teruskan berdoa, jangan putus harap kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Biar pun ujian ini berpanjangan satu hari nanti, dengan izinNya rahsia itu akan tersingkap. Insya-Allah.