Friday 23 May 2014

Suka duka Mei 2014


Al fatihah !



As salam... apa khabar sahabat semua? lama sungguh saya tak menyapa anda melalui halaman ini... banyak yang  membataskan hubungan saya dengan anda di halaman ini buat sementara.. namun alhamdulillah, keadaan kembali tenang... segala yang sepatutnya saya selesaikan sudah pun disempurnakan.  Syukur alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan... terima kasih Ya Allah.
Banyak kisah yang berlaku dalam bulan Mei 2014.. yang suka dan yang sedih. yang ketawa dan juga yang menangis.  Di sebalik kegembiraan yang saya sedang tunggu-tunggu,  bulan ini juga penuh kesedihan.. saya kehilangan tiga sahabat... arwah Munir Ghazali, Kamaruzaman Mohamad dan kak Gamah Embi.. semuanya kawan dan sahabat yang menjadi saudara saya di Utusan Melayu .. Saya ingin menulis tentang mereka, tetapi hingga saat ini saya masih belum mampu berbuat demikian, masih terkejut dengan pemergian mereka yang tidak diduga.
Arwah Kak Gamah dan Kamaruzaman memang saya tahu sakit tetapi abang Munir tidak pula...masih teringat saya perbualan saya dengannya menerusi telefon pada hari Isnin 12 Mei lalu... saya menelefon arwah untuk menjemputnya ke majlis kahwin anak saya hujung bulan ini. saya bimbang kad yang di pos tidak sampai. Macam biasa, saya dan arwah tidak boleh bertembung,  ada saja yang tidak kena. jumpa saja asyik gaduh...tapi gaduh kami sekadar gurauan... arwah begitu ghairah bercerita tentang rombongan meminang anaknya di Kedah. Dia gembira dapat bakal  menantu orang Tunjang,  Kedah, untuk anak lelaki tunggalnya Iqbal..
Seronok arwah bercerita tentang layanan bakal besannya... ramah mesra dan sangat berbudi bahasa... saya turut gembira kerana pujiannya, maklumlah.,. orang kampung kita.. arwah memberitahu saya tidak dapat hadir ke majlis kahwin anak saya sebab anak saudaranya juga kenduri pada tarikh yang sama di Ipoh. Tapi arwah berjanji akan singgah ke rumah saya sehari sebelum itu dalam perjalanan balik ke Perak... Allah Maha Mengetahui... Perancangannya mengatasi perancangan manusia... abang Munir kembali ke rahmatullah pada 17 Mei lalu. Mudahnya arwah dijemput Ilahi. Membaca pesanan ringkas tentang pemergian abang Munir air mata saya laju mengalir. Alfatihah! saya kehilangan sahabat dan abang... gurauannya akan saya ingat sampai bila-bila. Tiada lagi Munir selepas ini kerana hanya ada satu Munir sahaja yang menjadi penghibur lara kami.
Arwah Kak Gamah seperti kakak kepada saya di Bintang Timur dahulu, tempat pertama saya membina nama... kami sama sama berpindah ke Kuala lumpur dan bertugas di Utusan Melayu. Saya bertukar  lebih awal ke Utusan Melayu di Kuala Lumpur selepas berkahwin sementara kak Gamah berpindah setelah akhbar Bintang Timur ditutup sekitar 80-an... jasa dan kasih sayang kak Gamah kepada kami akan saya ingat sampai bila-bila...
Begitu juga dengan arwah Kamaruzaman yang kami panggil Pokme... arwah sahabat yang baik, penyayang dan berbudi bahasa.. Rakan sekerja yang sangat memahami, lembah lembut orangnnya, sentiasa senyum dan tidak pernah meninggi suara.
Minggu lepas,  saya juga kehilangan atok saudara yang saya panggil Tok Leh... arwah meninggal kerana sakit tua... arwah adalah bapa saudara kepada mak saya... .. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. amin.
Bagi kita yang hidup, perjuangan masih panjang dan berliku-liku... masih banyak yang perlu diselesaikan, tentang kerjaya, tentang hidup dan tentang bekalan untuk di bawa ke sana... masih adakah waktu untuk kita?
Semoga Allah permudahkan segala urusan hidup dan bimbing kita ke jalan yang diredhainya di dunia dan akhirat. amin.