Sunday 31 January 2016

CERITA 48 TAHUN LALU DI LANGKAWI


Kami yang dahulu juga yang sekarang......




CERITA 48 TAHUN LALU..................1968 - 2016

Syukur alhamdulillah dengan izinNya jua, hajat kami para Alumni SKD68 khasnya Darjah 6A dan 6 Deras untuk bertemu di pulau langkawi dimakbulkan Allah SWT.

Santai meriah dalam suasana sayu, sedih dan gembira kami bertemu semula setelah hampir 48 tahun terpisah. Bayangkan....zaman sekolah rendah ketika usia 12 tahun. Bila berjumpa semula semuanya sudah berusia 60 tahun....itulah yang dikatakan ketentuan Allah, apabila Dia mahu ia berlaku, maka akan tertunailah.

Kami seramai 17 orang bertemu semua dalam suasana yang sungguh gembira bercampur sedih. Ada yang tidak dapat hadir dan ada yang terpaksa membatalkan hasrat di saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Lebih terharu, ada di antara sahabat kami yang sedang sakit dan  juga yang telah pulang ke rahmatullah....Alfatihah!

SAHABATselamanya, sehingga ke hujung nyawa..


BERMULANYA pertemuan...

Tercetusnya idea untuk reunion ini bermula apabila saya dan beberapa orang rakan rakan Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Derga (SKD)  yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah menghadiri majlis sambuta  ke 100 sekolah tersebut September 2015.

Dari situ kami membentuk Urusetia di Utara (Kedah) dan KL untuk menguruskan perjumpaan seterusnyua di langkawi dengan tujuan mencari seramai mungkin rakan rakan sekelas dan rakan darjah 6 SKD 1968 untuk dikumpulkan.

Alhamdulillah kami dapat menjejak hampir keseluruhan rakan sekelas dan mengesan merekan yang sedang sakit dan dijemput Ilahi. Juga guru guru yang mash sihat.

Ekoran dari itu, kami mengatur untuk berkumpul di Langkawi. Secara kebetulan salah seorang rakan, Dato Thantawi Jauhari ada memiliki motel milik keluarganya di sana. Pelawaannya dengan diskaun istimewa untuk menginap dan mengadakan majlis di Eleven inn Langkawi kami terima dengan rasa syukur. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Semuanya berjalan mengikut yang diatur. Tarikh 16 Januari hingga 18 januari 2016  menjadi saksi pertemuan kami itu setelah 48 tahun tidak berjumpa. Majlis beetambah meriah kerana ada yang membawa isteri dan anak-anak....

Ucapan aluan....selamat datang sebelum majlis suai kenal bemula.......



Khusyuk semua mendengar cerita kawan kawan


MINUM PETANG DAN SUAI KENAL

Sebaik tiba kami semua berkumpul di dewan makan untuk minum petang dan majlis suai kenal... Sarat dengan gelak ketawa dan usik mengusik kerana ramai di antara kami yang tidak tahan dengan gelagat kawan kawan yang masih sama perangainya walaupun sudah lama masa berlalu.

Zaman sekolah kembali terbayang....indahnya saat itu. Cerita lama tentang kehebatan di padang, dipentas dan kenakalan mengusik budak budak perempuan timbul semula......indahnya masa itu.

Malam majlis disusuli dengan bacaan yassin dan tahlil untuk arwah ibu bapa, sahabat yang telah pergi dan saudara mara.....Alfatihah untuk ibu bapa, kaum keluarga dan sahabat handai yang terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Seronok sembang sampai pagi walaupun ramai yang dah masuk tidur selepas mata mula nak terpejam....terima kasih Jalil dan Yunus, gebang sampai pukul 2 pagi.

Azmi dan yunus jdi pengawal grup yang ke Kilim Agropark


Grup Avanza, dai kiri,Gee, Wan jah, Fauziah Majid, Jalil, Saya singgah makan laksa di Tepi pantai.


Di Makam Mahsuri, bergambar di bawah rumah Mahsuri.


Yunus dua dari kiri dan Rusdina , tudung merah tenguk ikan.....

Sedapnya laksa dan ABC........




di Beras Terbakar Padang Matsirat......

Esoknya acara membeli belah dan lawatan. Kami bahagi kepada tiga kumpulan, kumpulan Avanza  , suami isteri dan familil. Ada yang hendak ke Kilim Agropark dan ada yang ingin ke Makam Mahsuri. Saya dan grup Avanza memilih untuk ke Makam Mahsuri dan Bcras Terbakar dan kemudian menghabiskan duit membeli coklat dan menjamu mata tenguk pinggan mangkok.

Seronoknya tidak rerkata,..... balik di motel sebelah petangnya kami sambung sembang sambil minum petang dan bersiap untuk majlis BBQ pada sebelah malamnya....

Tayangan slides membuka majlis yang penuh nostalgia malam itu.. pertukaran hadiah dan cabutan bertuah  turut di adakan.....makan makan,  sembang sembang hingga ke pagi....sambil layan Dilwale...

Cepatnya masa berlalu...

3 hari berkampung di Eleven Inn Langkawi sampai ke penghujung. Esoknya.  kami  akan kembali ke tempat masing-masing....meninggalkan kenangan indah yang akan tersimpan kemas dalam minda sampai bila -bila. Kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

Terima kasih Dato Thantawi dan Datin Zanariah serta keluarga  jadi tuan rumah yang terbaik untuk kami. Tak lupa kepada kawan kawan yang hadir, Terima kasih banyak banyak, jasa dan  kerjasama anda semua kami urusetia ucapkan terima kasih......hingga jumpa lagi di Alor Setar, saya doakan srmoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk berjumpa lagi

Kepada kawan kawan yang sedang diuji Allah dengan kesakitan, doa kami mengiringi anda semua, semoga cepat baik. Salah dan silap saya dan Thantawi mohon maaf, begitu juga jika ada kekurangan dan kelemahan....

Di Dataran Lang, Langkawi......

Saya bersama sepupu Jaafar dan isternya Sabiroh......Jaafar Ketua Pengawas kami.

Macam YB melawat kawasan

Ladies in the house!.....

Jejaka idaman SKD48 tahun lalu.......

Menghayati keindahan laut ke takut nak naik bot......
.
BBQ malam terakhir di langkawi.....


Kek hari lahir saya dan azmi yang jatuhnya pada bulan Januari...terima kasih sahabat semua



Yunus...ada gaya kendali bot...pendiam tapi sporting sangat2.....dari dahulu macam itu juga.

Hadiah hadiah yang menjadi rebutan. Dari sahabat untuk sahabat.......

Kami yang dahulu........kami yang sekarang tretap sama, berbeza saiz sahaja.....hehehe

Kembar saya, Gee n Reen..................


sahabat selamanya....Wan Jah, Fauziah Majid, Reen, saya dan gee.....posing kat peralatan tradisional yang dipamerkan di rumah Mahsuri.

 Telaga Mahsuri
Sawah padi di hadapan rumah Mahsuei....nyaman dan damai.
 Posing sat di depan rumah Mahsuri...............

Belajar buat karas.....


Nak balik dah.........Berpelukan dan bermaaf maafan.


Gee menangis nak berpisah dengan kawan kawan...........

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
IsyaAllah kita jumpa lagi.


Hidup SKD68.....,