Thursday 14 April 2016

JEMPOL KAMI DATANG!

Memori indah di Pondok Kenangan! - Grup Kasih Sayang BSK

Kenangan ...... kasih sayang yang tidak akan hilang!

Macam mana suasana waktu berkerja di jabatan Pengarang 40 tahun lalu, begitu juga suasananya meriah dan menghiburkan. Puan Sri Ashidah Minin menjadi tuan rumah meraikan hampir 60 orang bekas kakitangan Jabatan Pengarang Utusan Melayu makan tengah hari di  majlis Jalinan Kasih Grup Buletin Suara Keramat (BSK) yang diilhamkan oleh Tan Sri Johan Jaaffar.

Santai dalam kemesraan, begitulah suasananya. Yang mengusik, yang buat lawak semuanya ada. Karektor masing masing tidak berubah.  Kenangan tetap bersemi. Cerita lama diungkit kembali tetapi di dalam suasana yan bebeza.

Tidak ada rasa marah, tiada rasa benci hanya kegembiraan semata-mata. Yang lama dilupakan, yang mendatang dihargai agar terus kekal abadi sebagai sebuah keluarga besar yang sarat dengan kasih sayang..

Majlis dimulakan dengan Tahlil dan doa kesyukuran... syahdu seketika mengenangkan ramai rakan rakan yang telah pergi menghadap Ilahi termasuk pemilik rumah  allahyarham Pak Melan,  mantan Ketua Pengarang yang dikagumi.

Rumah peninggalannya menjadi saksi pertemuan indah ini yang menyatukan  hati anak-anak buahnya dalam suasana yang cukup santai dan gembira.

Syahdu, sayu dan  kala Tahlil dibacakan dan doa kesyukuran dialunkan. Terima kasih Allah satukan kami.


Hidangan nasi dagang dan Laksa Johor menjadi menu istimewa hari itu disertakan juga dengan pelbagai jenis kuih muih tradisi dan moden yang dibawa oleh jemputan.. Bukan makanan yang menjadi tumpuan tetapi masa yang ada untuk berkongsi cerita.

Maklumlah, setelah lebih 40 tahun tentunya banyak yang  berlaku dalam diri. Jika dahulu seorang diri, kemudian berdua, kini sudah beranak cucu dan cicit... semuanya kerja  Allah, Dia penentu segala urusan hidup hambaNya.

Puan Sri Sarah, (kiri) Faridah Hitam dan Nik Rahimah leka menjamu selera....


Turut memeriahkan suasana acara karaoke yang mana Datuk  Kamal Amir menjadi pengacaranya. Ramai yang menyumbang suara, Datuk Seri Suleiman Mohamad, Datuk Khalid Yunus, Kak Webah Salleh Zahari Afendi, Kak Roseminah Ahmad  dan kak Norhayati Nawawi. Lagu lagu  nosltalgia, Selamat Tinggal Bungaku, Fatwa Pujangga, Biarkan Bulan Bicara, mengusik jiwa. Ada yang menitis air mata mengenang cerita lama.


 Ucapan dari Tan Sri Johan Jaafar

Dua mantap KP Tan Sri Zam dan Tan Sri Johan menyampaikan ucapan yang terkesan di hati. Tentang bagaimana Grup BSK ini ditubuhkan, peranan dan fungsinya untuk ahli grup yang semata mata untuk mengeratkan kasih sayang. Grup ini berasaskan kasih sayang dan tentunya hanya soal kasih sayang sahaja yang perlu ada di dalam perbincangannya...unikkan?
Tan Sri Zam turut mengimbau kenangan manis semasa menjadi Ketua Pengarang.

Di luar rumah meriah dengan karaoke, di dalam rumah pula kecoh dengan gelak ketawa yang mengimbau kenangan masa kerja. Macam macam cerita yang keluar,

Itulah istimewanya Utusan, hubungan tidak putus walaupun tidak lagi berkerja. Ke mana pun pergi, Utusan tetap di hati, dulu, kini dan selamanya, Kasih sayang tetap utuh, kekal abadi selamanya.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada semua ahli grup ini, kekalkan kasih sayang ini dan bahagiakan hidup kita semua di dunia dan akhirat.

Wartawan wartawan hebat Utusan 40 tahun lalu, sampai sekarang mereka tetap hebat......

Jejaka jejaka Utusan yang penrah jadi rebutan ....

Puan Sri Ashidah, tuan rumah dan hos terbaik untuk pertemuan kali ini......ucapannya menyentuh hati

Amin amin yang robbal alamin..... Khusyuk, sebahagian tetamu sedang mengaminkan doa. Semoga Allah lindungi kita semua dan kurniakan yang baik baik sahaja serta mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Amin..

Selamat Hari lahir kak Aida....sambut hari lahir Datin Seri Aida Shaari yang jatuh pada tarikh pertemuan ini, 9/4/16
Puan Sri bagaikan ibu dan kakak kepada kami, terutama saya yang sering mendapatkan nasihat dan pandangannya.... Semoga Puan Sri sihat selalu.


Sehingga berjumpa lagi di Jempol, saya doakan ahli ahli grup ini sentiasa di dalam rahmat Allah. Semoga pertemuan akan datang dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih Datuk Khalid Yunus menjemput ke ladang ternakan itik dan kambing miliknya di Jempol.

Buletin Suara Keramat
Bila Sayang Kasih Bersatu!


Amin.