Tuesday 20 January 2015

Tirai 2015

Assalamualaikum semua.
Lama saya tidak menulis di ruangan ini, kesibukan menjadikan masa agak terhad untuk menulis. Alhamdulillah... sudah masuk minggu ketiga kita berada di tahun 2015...

Bencana banjir dan nahas kapalterbang Air Asia turut mengheret kita untuk bersedih di atas apa yang berlaku, Ia bukan sahaja mengejutkan  negara tetapi mengajar kita tentang banyak perkara tentang duniawi dan akhirat.

 Musibah banjir menjadikan kita lebih kuat dan bersatu. Menyayangi dan prihatin dengan mereka yang bersedih dan menghulurkan bantuan tidak kira tenaga, wang ringgit dan sokongan moral dabn berdoa agar Allah meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa..


Sumbangan tenaga, wang ringgit dan barang keperluan melimpah ruah.... semangat kekeluargaa, kasih sayang turut menyerlah dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk meringankan beban mangsa banjir..

Inilah istimewanya Malaysia .. sama sama kita berdoa agar segala kesulitan akan segera beredar dan diganti dengan kegembiraan dan ketenangan buat kesemua mangsa.... Semoga Allah pelihara keselamatan mereka dan membuka pintu hati ramai lagi dermawan dan rakyat Malaysia untuk menyumbang dan membantu mereka yang terbabit kembali memulakan penghidupan baru.

Kadang kala Allah tidak bagi semua  yang kita minta. Ada masa diberinya sedikit, diambilnya banyak. Ada masda diberinya banyak, diambilnya sedikit. Jika rezeki melimpah ruah bukan untuk   bermegah-megah tetapi untuk dikongsi dengan yang memerlukannya.

Begitu juga dalam kehidupan ini...

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia - hidup di tengah tengah masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri. Sanggup mjelakukan apa sahaja untuk membahagiakan orang lain,.. Walau perit semangat kekeluargaan inilah yang menyatukan hati kita.

Dan di Malaysia suasana ini wujud. Bukan sekarang tetapi sejak lama dahulu, Malaysia negara yang sarat dengan kasih sayang. Sudah melimpah air mata yang gugur dek kesedihan yang melanda... ayuh semua, kita bangkitkan kegembiraan mereka ini dengan kudrat dan sumbangan berterusan.

Kita doakan mereka, kita tenangkan mereka dengan kata-kata dan senyuman. Saya yakin apa yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia telah meredakan kesusahan dan kepayahan mereka.

Secara peribadi saya sangat teringin untuk membantu. Teringin untuk sampai ke tempat tempat yang teruk di landa bencana banjir itu, namun hajat itu masih belum di izinkan Allah. Saya berdoa agar hajat saya akan dimakbulkan Allah dalam masa terdekat....Insya-Allah.

Kepada team Soladariti Kumpulan Utusan yang bergerak ke Kelantan pagi tadi saya doakan semoga Allah permudahkan urusan anda semua di sana... semoga usaha murni kalian akan diberkati Allah dan semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah dan selamat kembali.

Walau tidak dapat bersama saya dapat merasakan suasananya!...... dari jauh saya titipkan doa! Amin

Team Soladariti Utusan tiba di Stesen KTM Dabong untuk misi bantuan banjir... Pix Rosle Manah

Antara penerima sumbangan ....



No comments:

Post a Comment