Sunday 21 February 2016

Inilah Roh Utusan


Assalamualaikum.

SAHABAT BAGAIKAN EMAS, SEMAKIN LAMA SEMAKIN BERHARGA

TS ZAM sedang membaca sajak mengenai Utusan.

Menyambung yang terputus,
Menggali yang terbenam
Mencari yang hilang
Menyimpul yang terungkai

(Puan Sri Ashidah Minin)

Yang tertetas dijahit
Yang terluka diubati
Sama sama kita kekal Abadi
Sebagai wadah Roh Melayu
Inilah Roh Utusan

(Zahari Afandi)

Aroma Utusan kekal mewangi
Walau sekurun tak jumpa

(Abdullah Al Qudsi)

Saya pinjam kata kata tiga senior saya ini untuk menggambarkan betapa ikatan kasih yang terjalin di antara kami bekas warga Utusan...

Pada saya tiada kata kata yang dapat menceritakannya secara mendalam tetapi gambar gambar, gelak ketawa, usik mengusik sudah cukup buat kami semua merasa gembira dan bahagia. Inilah...ikatan ukhwah yang berpanjangan.....

Saya menjadi sebahagian daripada roh ini yang memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar tabloid BINTANG timur di Pulau Pinang pada 1976...Di situlah saya mula berkarya. Akhbar tabloid ini diterbitkan oleh anak syarikatr Utusan Melayu, Warta Negara Press Sdn berhad.

Sekumpulan kakitangan senior Utusan di hantar ke Penang untuk mendidik, mengajar kami menjadi wartawan. Antara mereka, arwah Sharifah Azizah Ali, Hamid Yahya, Usuluddin, arwah, AR kamaluddin, Pak Mustafa Suhaimi, Chief Salleh, Pak Yusof Sharfiff, Mahathir Hakim, arwah Norshah Thamby, Syed Malek, Raja Harun Ridzuan, dan ramai lagi yang mungkin saya tak sebut.. tapi jasa mereka tetap dalam ingatan,
.
Mereka inilah yang menjadikan saya seperti hari ini,  Saya kemudian menyambung kerjaya saya di Ibupejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur....di sini anugerah Allah saya gunakan sebaik baik mungkin untuk mencipta nama sebagai wartawan, walaupun tidak popular syukur dikenali dan dapat menyumbang tulisan saya untuk masyarakat.
Tiga generasi wartawan di Utusan bersama TS ZAM...... 

Di Utusan saya mengenai wartawan wartawan hebat yang menambat hati pembaca melalui tulisan tulisan mereka, TS Zam, TS Johan Jaaffar, Zahari Afandi, AR Kamaluddin, Rosminah Ahmad, Faridah Idris, Maimunah Yusof, Datuk Rosnah Majid, Fauziah Rauf, Ahmad Abdul Hamid, Faridah Hitam, Bahyah Mahmod dan arwah ABI  dan lain lain. Juga tulang belakang editorial antaranya Abdullah Hassan, Hamid Yahya, Usuluddin Jamil dan lain-lain. Maaf jika saya tak sebut nama....

Banyak yang saya belajar daripada mereka ini. Tak terkira dengan jari. Saya sangat bersyukur berada di tengah tengah kalangan mereka ini yang sentiasa menjadi abang dan kakak serta boss yang baik dan memahmi, walau tegas dan garang.

SABTU 20 Februari 2016

Menerusi wassap yang diusahakan TSJJ "Buletin Suara Keramat"  lebih 100 oang bekas warga kerja Utusan terkumpul. Pertemuan pertama BSK ke rumah tuan Haji Taib dan Fauziah Rauf menziarah mereka yang tidak sihat membuktikan kasih sayag sangat bernilai.

Dan petemuan kedua ini berlangsung di Zam Cafe Newsroom.....Putrajaya menjadi saksi pertemuan kasih ini. Pertemuan yang menyatukan semula silaturrahim hampir 50 orang warga Utusan yang telah terpisah selama 30 tahun lebih.

Gembira, sayu, sebak bercampur baur ketika majlis dimulakan dengan lagu Suara Keramat diikuti kemudian tahlil ringkas untuk kesemua arwah sahabat yang telah kembali ke rahmatullah.....Menitis juga air mata saat ini.

Dari kiri, Muzlina, Narimah, Tajayah, Norhayati (belakang), Faridah Hitam, Dollah Hassan, Rahanawati, Dato Ahmad Alias dan Saadah Salleh.

Saya cukup bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Utusan, sangat sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan serta bakat yang saya ada. Semuanya perancangan Allah. Berkhidmat selama 37 tahun di Utusan menjadikan saya sangat bahagia selain memiliki keluarga sendiri, Utusan aadalah rumah kedua saya.

Banyak yang saya belajar di Utusan terutama daripada Boss Boss, kakak dan abang abang serta sahabat yang sentiasa meghulurkan tangan untuk membantu. Air mata yang pernah gugur dahulu berganti dengan ketawa hari ini. Sedikit pun tidak simpan di hati, malah saya bersyukur kerana saya menjadi seperti saya hari ini.

MASIH SAYA INGAT.....

Masa mula-mula berpindah ke Utusan pada 1979 saya baru berkahwin. Hari pertama saya menangis kerana takut hendak berdepan dengan orang Utusan. Sebaik sampai di Utusan, Jalan Lima Chan Sow Lin pada 1 Februari saya berhenti lama di pintu masuk.

Setelah memaklumkan kehadiran saya kepada pengawal saya melangkah masuk dengan membaca pelbagai doa. Pesan mak, jaga diri, jaga suami, kerja elok-elok..jangan sombong dengan orang. dan pandai pandai bawa diri

Orang pertama yang saya jumpa adalah arwah Tuan Haji Sirajuddin Mokhtar...Dia yang pertama menegur saya... dan membawa saya naik ke Jabatan Pengarang.....

Rupanya  suasananya tidak seperti yng saya bayangkan.  Semua orang baik baik belaka, Lega hati.
Pejabat ini rupanya rioh rendah, gamat dengan suara abang abang dan kakak kakak yang bekerja. Ingat lagi suara Zahari Afandi yang suka mengusik, Dolah Hassan yang sentiasa tegas, bunyi loceng dari bilik TS Zam.  Suara Kak Rosnah bercakap di telefon, ABI yang selalu gelak.. Kak Rose, Kak Faridah, arwah kak Ramnah, Fuziah Rauf, Faridah Hitam dan kak Mai yang sangat stailo ketika itu...

Semuanya masih segar di ingatan...tak pernah hilang...

Bersama mereka saya melatih diri menjadi kebal. Menahan sakit telinga, kena marah, ditegur walau pahit. Bergegas ke assignment walau naik bas sampai dua tiga kali sehari.....semuanya pengalaman. yang berakhir dengan keindahan...

Rosie Hashimn,. Fauziah Rauf, Webah Salleh, saya, Puan Sri Ashidah, Farfidah Ibrahim

Dari kiri, belakang, Maimunah Rashid, Webah Salleh (depan), Muzlina, Narimah, Azizah Ismail, Faridah Hitam, Rosnah Majid, Shamshuddin Bakar, di belakang,  Ahmad Hamid,  Latif Nordin dan Puan Sri Sarah, isteri TSJJ


SAHABAT SELAMANYA

Pertemuan yang berlangsung bagaikan perhimpunan keluarga yang sangat unik... bayangkan setelah berpuluh tahun tidak berjumpa, Allah sampaikan hajat untuk berjumpa semula, berborak borak kisah lampau dalam suasana mesra dan berkasih sayang.

Walau ke mana pun kita pergi, sejauh mana sekalipun kita berlari, akhirnya akan bertemu juga dengan izin Allah. Inilah yang berlaku kepada Grup BSK ...Grup kasih sayang yang akan tersimpol mati dan kekal hingga ke jannah.

Bukan mudah untuk bertemu dalam keadaan usia semua semakin bertambah tetapi ukhwah Utusan ini juga unik seperti akhbarnya SUARA KERAMAT... kenunikannya hanya difahami oleh orang orang yang ada di dalamnya dan mereka yang menghargai persahabatan dan persaudaraan.

Sebagai junior yang masih belajar untuk kesinambungan hidup ini, saya merakamkan terima kasih dan syabas kepada TSJJ d atas usaha beliau mewujudkan grup BSK. Tahniah juga kepada TS Zam yang sentiasa bersama anak buahnya yang tidak pernah menghampakan. Kepada kakak kakak dan abang abang senior, terima kasih kerana pernah menjadi "guru" saya.

Kepada sahabat seangkatan dan sebaya, terima kasih kerana kita pernah bersama mengharungi cabaran untuk menjadi wartawan.

Kepada Puan Sri Ashidah Minin, walaupun tidak sempat bersama di Jabatan Pengarang saya bersyukur kerana mengenalinya, PS adalah ibu dan kakak. Terima kasih atas tunjuk ajar.

Terima kasih juga kepada semua kakak kakak dan abang abang di Jabatan Pengarang yang tidak dapat disebutkan satu persatu.

Dari kiri, Narimah, Kak Bahyah Mahmood, Hamid Yahya, TS Zam, Azizah Ismail, Faridah idris, saya dan dibelakang Tajayah Ihsan.
Dari kiri berdiri belakang, Pn Sri Sarah, Kak Rosnah, Fatidah brahim. Duduk, dari kiri, saya, Kak ton isteri TS Zam, Saadah, Kak Rosminah Ahmad dan TS Johan


BSK - GRUP KASIH SAYANG

Saya mendoakan semoga grup ini sentiasa di dalamm rahmat Allah. Semoga semua ahlinya dimurahkan rezeki diberi kesihatan yang baik dan hidup bahagia bersama orang orang tersayang di dunia dan akhirat.

InsyaAllah, ukhwah ini akan berterusan dengan lebih banyak pertemuan yang bermanfaat dan kasih sayang tidak ada sempadan....seluas lautan dan  setinggi bintang di langit.

Terima kasih kepada TS Zam, TSJJ, Rosli Azmi yang bersusah payah menjadikan pertemuan ini satu kenyataan, terima kasih juga kepada yang membawa makanan....seronok dengan gelagat anda semua..tak dapat cerita, hanya boleh ketawa dan tersenyum sendiri.....

Saya undur diri dengan   serangkap pantun

HIDUP SEMPURNA JIKA MUAFAKAT
JUGA TURUT MEMBAWA BERKAT
UKHWAH BKS SANGAT HEBAT
NILAI KASIH SUARA KERAMAT

Salam kasih sayang dari saya

Bersama Puan Sri Ashidah

Pernah makan sepinggan, tidur sebantal di Pulau Pinang,  Prof Dr Faridah Ibrahim



Bersama kak Rosie Hashim dan Puan Sri Ashidah

Astora Jabat, mengayuh basikal dari Thailand ke Putrajaya untuk sama sama meraikan majlis BSk....syabas sahabat


Leka mendengar cerita Astora mengayuh basikal ke Malaysia...


Suasana di luar cafe juga rancak, Datuk Khalid Yunus, Abdullah Hassan, Nasi Siru, Omar Manan dan Pak Tua, Azim Aras

Dari kiri, Azizah Ismail, Faridah Ibrahim, Hamid Yahya, Maimunah Rashid dan Zainab Ali


Di hadapan cafe....TS Zam, Shahabuddin Abdullah (Syalala), Tajayah Ihsan, saya, Azizah Ismail dan Faridah brahim.


Meraikan besday boy dan besday girl Februari.........

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Jika ada umur panjang
InsyaAllah, dapat kita jumpa lagi.

Temubual eksklusif bersama TVBSK......hehehe


No comments:

Post a Comment