Thursday 11 February 2016

Mereka perlu dihargai!


Bukan setakat simpati tetapi tanggungjawab!  


  •  YB Shahanim melayan geladangan yang meminta surat sokongan beliau untuk mendapatkan bantuan.



  • YB Shahanim sedang memberi kata kata perangsang kepada geladangan yang sentiasa menunggu kehadirannya.


Tanggal 6 Februari 2016.....sekali lagi saya menyertai misi memberi bantuan dan nasihat kepada geladangan di sekitar Kuala Lumpur bersama YB Shahanim Mohamad Yusof. Saya telah banyak kali menyertai misi ini walauun sesetengah orang menyifatkanya sebagai membuang masa dengan alasan usaha tersebut umpama mengalakkan mereka untuk terus hidup di jalanan.

Jika tidak menyertai misi ini kita tidak akan faham dan tahu kenapa YB Shahanim berbuat demikian sedangkan beliau datang jauh dari kawasannya di  Sungai Petani, Kedah. Sepatutnya beliau berbuat amal jariah ini di kawasannya, tetapi kenapa beliau memilih Kuala  Lumpur.

Jawapannya  mudah sahaja. Saya tetap menjalankan tanggungjawab saya di |Sungai petani tetapi di sini keadaan lebih perlukan  perhatian dan bantuan. lagipun mereka di sini hidup tanpa pemantauan.

"Saya hanya berbuat bakti sedikit sahaja untuk membantu mereka setakat yang saya mampu kerana saya tidak mahu melihat mereka terus terumbang ambing tanpa tujuan. Walaupun hanya sebulan sekali saya luangkan masa untuk mereka. saya sudah nampak perubahan yang berlaku," katanya semasa kami berbual.

Shahanim telah melakukan kerja amal ini sejak dua tahun lalu...dengan wang perbelanjaan sendiri serta sumbangan ikhlas kawan-kawan yang prihatin dengan perjuangannya, beliau menguruskan semua perkara untuk bertemu geladangan ini dari A hingga Z. Pembantunya adalah anak-anak muda yang bekerja secara sukarela serta kawan-kawan rapat yang menyokongnya. Semuanya melakukan dengan ikhlas hati dan tidak mengharapkan upah.

Jika tidak menyertai dan melihat sendiri khidmatnya, anda tentu akan tertanya tanya apa tujuan beliau berbuat kerja kebajikan seperti ini, yang mana saya percaya agak sukar bagi kebanyakan pemimpin lain untuk lakukannya. Duduk makan bersama geladangan, bercerita dan mendengar masalah mereka memberi nasihat dan menyelesaikan pelbagai masalah mereka seperti permohonan rumah DBKL, zakat serta rawatan perubatan percuma.



  • Ustaz Zaharuddin sedang memberi ceramahnya minggu lalu.


CERAMAH AGAMA

Selain membawa makanan,. peralatan harian seperti sabun, shampoo, ubat gigi dan berus gigi serta tuala kecil, mereka juga didedahkan dengan ilmu rohani. Setiap bulan, Shahanim membawa bersamanya seorang ustaz untuk memberi Tazkirah. Kemudian mengadakan kuiz tentang solat dan agama termasuk menghafal surah surah. Mereka yang berjaya menghafal akan diberi saguhati......para geladangan juga berpeluang bertanya spalan tentang apa yang mereka tidak faham.

Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang sudah boleh membaca  surah dan bersolat.  Sebak juga saya melihat kegigihan mereka untuk mendalami ilmu agama. Kadang kadang jatuh juga air mata melihat ada geladangan wanita yang membawa anak kecil datang dalam keadaan lapar.

Apa yang saya nampak mereka golongan geladangan ini perlukan sokongan dan bimbingan. Mereka boleh kembali ke pangkal jalan jika kena caranya, dan usaha inilah yang sedang dilakukan oleh YB Shahanim.

Apabila disuruh membaca surah beramai-ramai mereka mampu melakukanya walaupun ada ketikanya tersekat sekat, yang pasti mereka mahu belajar dan mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik jika terus di asuh dan dididik.



  • Lihatlah mereka yang membawa anak kecil ......tetapi di program  ini kaum ibu yang membawa anak diberi layanan khas..... 

MENDENGAR  MASALAH DAN MELAYAN PERMINTAAN MEREKA.

Kata orang jangan hanya memberi ikan, bagi juga pancing.

YB Shahanim tidak hanya memberi ikan tetapi beliau telah memikirkan perkara ini dengan mendalam. Bukan setakat memberi makan tetapi beliau juga membantu mereka mendapatkan rumah sewa DBKL bagi yang perlukan rumah, mencari kerja di restoran, hotel, kedai runcit dan sebagainya bagi yang ada kelayakan untuk bekerja. Begitu juga dengan mereka yang ingin  
 mendapatkan bantuan Zakat dan rawatan perubatan percuma di hospital beliau akan mengeluarkan surat sokonan bagi menyokong permohonan golongan ini,

"Ramai yang sudah mendapat manfaat dari program ini. Ada yang sudah bekerja di restoran, tempat cuci kereta, hotel dan tempat parkir kereta. Saya juga akan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang layak dan fit di ladang ternakan tidak lama lagi agar mereka dapat menambah pendapatan. Inilah sahaja yang dapat saya buat untuk membantu mereka.

"Saya pernah susah dan saya tahu bagaimana peritnya hidup susah, jadi saya harap sumbangan kecil saya ini dapat dimanfaatkan oleh mereka. Saya tidak peduli apa orang kata kerana saya tahu yang boleh menilai kita hanya Allah SWT, bukan manusia.  Terima kasih kepada semua yang membantu dan menyolong kerja saya selama ini," kata Shahanim lagi.


  •  Para sukarelawan mengisi makanan dan buah limau ke dalam plastik sebelum diagihkan kepada geladangan


  • Anak anak muda yang tidak memilih tempat untuk ikut sama menyumbang bakti dengan sukarela....usaha mereka patut dicontohi.

  • Saya bersama Ibu YB Shahanim turut hadir melihat anak cucunya berbual amal.....sokongan ibu pencetus semangat seorang anak...Alhamdulillah 
  • Walaupun di dalam gelap, kerja tetap diteruskan.....
Ditanya sampai bila usaha ini akan diteruskan, Shahanim berkata selagi terdaya dan kudratnya ada dengan keizinan Allah jua...

"Anjung Kasih tempat tinggal geladangan ini akan siap tidak lama lagi. saya harap ia akan memberi manfaat kepada golongan ini untuk menikmati hidup yang lebih selesa seperti orang lain. Saya juga akan terus menyumbang bakti saya selagi termampu. Dan insyaAllah jika tempat ini siap kelak saya akan teruskan program ini di sana, doakan saya,'' pinta Shahanim.

Itulah harapan seorang pemimpin muda...InsyaAllah saya pun akan terus bersama geladangan ini  selagi terdaya.  banyak yang boleh saya pelajari dari pengalaman bersama mereka ini, susah senang, gelak ketawa dan pilu hati mereka yang kita tidak tahu tetapi kita boleh nampak dari wajah mereka.

Anda yang di luar sana jika ingin bersama kami, silakan....Lupakan seketika bau busuk dan geladangan yang tidak mandi. Bukan semua mereka begitu, ada yang menjaga penampilan dan sentiasa kemas dan bersih. Sedikit sebanyak usaha ini menampakan hasilnya.

Jika pun tidak menyokong, sekurang-kurangnya hargailah mereka! Mereka juga seperti kita, perut perlu diisi, poket perlu ada duit dan sakit perlukan ubat. siapa lagi yang akan membantu jika bukan kita!

Syabas YB Shahanim dan team.....teruskan perjuangan kerana Allah melihat apa yang hambaNya buat...... Semoga YB terus diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat Allah. Amin

No comments:

Post a Comment