Monday 9 May 2016

SETELAH 48 TAHUN CIKGU DAN MURID BERJUMPA KEMBALI



TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU DIKENANG

Bergambar kenangan bersama cikgu cikgu.....


Sesunggunnya benarlah jodoh, pertemuan dan maut itu kuasa Allah. Jika diizinkanNya maka akan terjadilah....

Syukur kepada Allah SWT kerana majlis yang dirancang untuk berjumpa  cikgu cikgu yang telah mendidik kami semasa di S|ekolah Rendah Kebangsaan Derga (SKD) dari 1963-1968 sempurna di adakan dari 5- 7 Mei 2016  lalu.

WNS Resedensi dan Homestay  Alor Setar menjadi saksi pertemuan nostalgia itu yang sangat  emosional dan menyentuh hati.  Siapa sangka setelah 48 tahun terpisah, akhirnya kami dapat berjumpa semula dengan cikgu cikgu yang disayangi.

Setramai 30 orang berhimpun untuk menceriakan majlis ini yang sangat bererti buat kami semua. Dimulakan dengan bacaan Yasin,. solat jemaah dan doa kesyukuran, acara diteruskan dengan lawatan ziarah ke rumah cikgu cikgu dan kawan kawan yang uzor.


Muslimat yang hadir...


Berbual mesra dengan cikgu cikgu.....masa berlalu, begitu pantas....

Hero hero SKD68 bersama cikgu cikgu


Jumaat 6/5/16

Selesai sarapan, kami bergerak untuk melakukan lawatan ziarah .
Ceria cikgu cikgu dan sahabat  menyambut kedatangan kami, pelbagai cerita timbul mengenang zaman sekolah... seronoknya cikgu dan murid boleh duduk semeja bersembang berbanding dahulu, nampak cikgu pun lari lintang pukang.
..
Itulah namanya kemesraan....

Terima kasih cikgu Bakar Awang, Cikgu Mohd Zain Ariffin, Sir Isa, Cikgu Zakiah Bahari, Cikgu Wan Jiwa dan suami, En Ramli, Cikgu Hamid dan juga Abdul Rahman sahabat kami yang sempat dilawati.
Sahabat kami, Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Aman, (tengah) ceria bercerita semasa kami melawatnya di rumah. Nak makan ubat pun, beperang, kata isterinya, Noraini....itulah Aman!

Di rumah cikgu Zakiah Bahari (tengah berkurung kuning).... ramah macam dahulu, sayangnya ingatannya semakin pudar. Semoga cikgu sentiasa di dalam rahmat Allah....Rindu saya kepadanya terubat.


Di rumah Cikgu Hamid (Tengah berkain pelikat)..... tetap mesra seperti dahulu...antara cikgu yang disegani di SKD....


 Singgah melawat anak Fatimah Hassan (kurung merah) di PMC....

Selesai lawatan majlis diteruskan dengan acara minum petang.... persembahan slide kenangan SKD68 dan ucapan cikgu cikgu mengubat rindu.... sepatah kata mereka mengingatkan kami ke zaman di bilik darjah. Tidak sangka pula, setelah berpuluh tahun kami masih boleh mendengar nasihat dari cikgu cikgu....

Cikgu Md Zain dengan muziknya, Sir Isa dengan Anak Serigalanya dan Cikgu Bakar Awang dengan sukannya... kehebatan mereka di zaman persekolahan sangat dikagumi. SKD68 paling happening dan terkenal di seluruh negeri Kedah kerana kehebatan di padang, Bolasepak, Sepak Takraw dan Bola Jaring, Tarian, Nyanyian, Musabaqah, Pertandingan Pantun, Terjemahan dan lain-lain lagi. Pendek kata memang auwsome.

Pengerusi SKD68 Utara, Jalil Majid memberi ucapan aluan dan selamat datang kepada para tetamu.

Acara memotong kek......Terima kasih cikgu Mohd Zain (3), Sir Isa (4) dan Cikgu Bakar Awang (4)

Suasana menjadi rioh apabila masing-masing mula membuka cerita lama,. Noraini Hashim murid paling chun dalam kelas menjadi bahan usikan dengan loghat kedahnya yang menebal...tukang usik, Jaafar Ahmad (ketua Pengawas), Thantawi, Zakaria dan Fauziah Majid...

Gelak ketawa memecah kesunyian petang dengan pelbagai cerita menarik zaman sekolah. Kisah sukan di Stadium Darulaman, kisah anak serigala dengan aktivitinya serta persembahan muzik oleh Kumpulan Melodika... sungguh indah saat itu...Biarpun ia tidak akan berulang tetapi pertemuan seumpama ini menggembalikan kegembiraan zaman sekolah.

Khusyuk mendengar ucapan pengerusi......Noriza, wan Norsaadah, Jaafar Ahmad, Norlia Mohd Noor, Cikgu Md Zain dan Alawiyah.

Sunyi....Gembira campur sedih.......sebak pun ada!

Andainya masa boleh diputar kembali...............



Di akhir jamuan, diiringi dengan bacaan doa... semoga Allah berkati pertemuan kita. Amin


Malam 6/5/16
Selesai solat Isyak kami bergegas ke Restoran Mee Abu di Jalan Telok Wanjah, Seronok makan ramai-ramai sambil bersembang, usik mengusik.... Tak sedar mee rebus, mee mamak dan rojak pasembor habis di makan dalam sekelip mata.....

Makan jangan tak makan...


Zaharin (tengah) mengidam nak makan mee rebus abu.....akhirnya dapat.

Selesai makan kami bergegas balik ke WNS untuk acara akhir, kenuri durian...terima kasih Faridah susah payah buat pulut tanak dan santan untuk kami. Durian pun elok dan sedap.......makan makan makan, sampai kenyang.....

 Durian oh durian.......


Tauke periya dan mempelam.... terima kasih Noraini bawa buah untuk kami.....hasil tanaman sendiri. Ada lagi, lain kali bawa  na...


7/5/16

Selamat tinggal semua..


Bersama cikgu Mohd. Zain, cikgu muzik dan kumpulan Melodika


Dari kiri, Zaharin, Yunus, cikgu Md Zain, Cikgu Bakar Awang, Mohd. Lamin dan saya.

Jelitawan SKD68....Faridah, Sabirah (isteri Jaafar, Rahimah, Cik Asiah, Noraini, Sham (isteri Lamin) dan Alawiyah.


Saat yang sangat menyentuh hati..... nak tinggalkan semua yang telah terhimpun di perhimpunan ini bukan mudah, Entah bila bertemu lagi, Entah sempat entahkan tidak....hanya Allah sahaja yang tahu.

Apapaun, ia satu saat paling manis dan berharga untuk kami semua. Bukan mudah untuk berjumpa dengan bekas cikgu cikgu yang telah berusia dan masih sihat tetapi kami masih mampu melakukannya. Semua kerana usaha dan izin Allah.

Terima kasih Cikgu Md Zain, Sir Isa dan Cikgu Abu Bakar Awang, anda semua sangat sporting. Sangat mesra dan baik macam dahulu juga.....tiada yang kurang malah telah kami anggap seperti abang dan bapa......

Terima kasih kawan kawan yang hadir, Jalil, Fauziah Majid, Zakaria, Norlia, Noraini, Fatimah Hasann, W Norsaadah, Noriza, Rahimah, Jaafar dan isteri, Lamin dan isteri, Yunus, Azemi Ismail...Alawiyah...Cik Asiah,Faridah.

Terima kasih istimewa untuk sahabat saya, Mohd Lamin Yusoff yang datang bersama isteri melalui darat dan udara untuk pertemuan ini.... 51 tahun tak jumpa Lamin, lama tuuuuuu! Terima kasih bawa Sham.

Indahnya persahabatan jika disertakan dengan kasih sayang dan kesetiaan, Inilah yang ada di dalam SKD68. Semoga Allah pelihara ukhwah kita dan kekalkan persahabatan ini sampai ke Syurga....diizinkan Allah kita jumpa lagi.

Doa saya agar kehidupan kita akan sentiasa di dalam rahmatnya..... Alfatihah buat cikgu cikgu dan sahabat yang terlebih dahulu pergi dijemput Ilahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman.

Saya mohon diri dengan serangkap pantun.

Puteri jelita masuk beradu
Bangun mandi di tepi perigi
Jumpa sekejap menghilang rindu
Entah bila berjumpa lagi.

Salam sayang semua, hingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment