Wednesday 29 January 2014

Grup nakal Girlfriends SAS 1974 berkembang


Tenguk ni.....sanggup tumpang lori semata-mata nak ke dusun .....kenangan manis

comei-comei kan..........sampai sekarang comei dan cun........
 Kalsom - PRO  Grup kami di Alor Setar.


Assalmualaikum para sahabat.
Saya mendoakan agar hari ini adalah yang terbaik dari semalam, pemnuh dengan senyum dan kegembiraan untuk kita menghadapi cubaan dan ujian yang datang. Insya-Allah dengan banyak bersabar dan berdoa, kejayaan pasti menjadi milik kita. Kepada Grup Girlfriends SAS 1974, selamat pagi dan semoga hari ini memberi rahmat kepada anda semua.

Hari ini saya ingin bercerita tentang grup budak nakal SAS yang semakin berkembang. Dalam masa seminggu selepas kami berjumpa di Port Dickson awal bulan ini - jumlah teman-teman yang dapat ditemukan semula semakin bertambah. Alhamdulillah, mohon pertemuan semula ini walaupun di alam maya akan kekal hendkanya. amin.

Daripada 9 orang  kini menjadi lebih 20 orang. Tabik untuk mem Hafizah, pakar teknologi kami yang mengusahakan whatsap  grup kami ini. Selamat datang kepada semua, Hafizah, Men, Dah, Farid, Jad, Norsiah, Zuri, Gee Aziz, Noriah, Siti Maimunah,  Salha, Norsiah, Shazrah, Ija, Anita Suriaty, Rusdina, Zah Hamid, Zuraina, Rabiah, W Afrah, Som,  Asiah ismail, Kalau ada yang tertinggal jangan marah ya......bagitahu cepat.

Apa yang ingin saya kongsi adalah nostalgia mereka - macam macam cerita yang timbul. Semuanya yang mengelikan hati dan kalau difikir semula, boleh dibuat sebuah filem....naik lori, sambal belaca cicah dengan mangga pelam dan epal antara topik hangat. Som di Kedah pula dok layoq dengan gulai ikan temenong dan kuih-kuih tradisional yang sudah berpuluh tahun tak dijamah, ubi ghebuih, pulut panggang, pulut sekaya dan macam-macam lagi.

Sekarang kena atur reunion untuk dua daerah - satu di KL dan satu lagi tentunya di Aloq Setar. Okey geng...cari masa sesuai, kita buat yang paling happening kali ini. Mohon kawan-kawan luangkan masa jika sudah ada tarikhnya ya.....kali  ini kita  bawa tape, rakam semua apa yang cakap....kemudian pasang balik, dan gelak ramai-ramai.

Apapun, saat manis zaman persekolahan tidak akan berulang , ia tetap dikenang dan menjadi memori indah dalam hidup kita. Kamu semua, adik, saudara dan SAHABAT selamanya Hingga next episod  cerita kita, salam sayang untulk semua. amin.    

 Sekuntum mawat merah untuk semua.......

Monday 27 January 2014

Al-fatihah buat arwah Sabariah




Asalamualaikum sahabat semua.
Apa khabar? hendaknya semua sihat alhamdulillah dan sentiasa di dalam rahmat Allah. Isnin ini sangat tenang dan melegakan saya. Syukur dengan anugerah yang Allah s.w.t kurniakan ini.
Namun  hari ini 27 Januari 2014 saya telah  kehilangan seorang sepupu yang dikasihi, puan sabariah Hj Musa yang telah kembali ke rahmatullah pagi  tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.  Arwah telah 3 bulan koma kerana darah tingggi.
Jenazah telah di bawa ke rumah arwah di Jitra Kedah dan akan dikebumikan selepas Asar hari ini. Seorang yang peramah dan mudah diajak berbual, arwah sentiasa dalam ingatan saya dan keluarga. Biar pun jarang berjumpa arwah selalu bertandang ke rumah mak saya di Derga untuk bertanya khabar.  Kami seluruh kaum keluarga merakamkan takziah kepada keluarga arwah terutama kepada sepupu saya, Solihin dan anak-anak di atas pemergian arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.,
Kata mak saya yang menziarah arwah di hospital pagi tadi, wajahnya cantik berseri, seperti sedang tidur.
Alhamdulillah!   DaripadaNya kita datang, kepadaaNya kita kembali. Alfatihah.

















Saturday 25 January 2014

25 Januari - menyingkap cerita

 
bersama mak dan anak saudara saya, intan suhara
 hero hero pujaan saya, zulkamal, azfar, mt khalis dan nazmi
 Grup wanita dalam keluarga hj hamzah
 Semoga  Allah kekalkan kebahagiaan kami hingga ke Jannah. amin
                                                    keluarga saya......


Assaalamualaikum semua yang dikasihi.
Hari ini 25 Januari 2014 genap usia saya 58 tahun....Alhamdulillah, kepada Allah saya panjatkan rasa syukur dan rendah diri kerana masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk terus menikmati alam indah ciptaan Allah Yang Esa ini bersama suami, anak-anak, menantu cucu dan  kaum keluarga khususnya masih lagi dapat bermanja dengan  mak dan mak mentua.
Terlalu cepat masa berlalu. Begitu juga pantasnya perjalanan hidup saya yang pelbagai rona, onak dan duri. Ada yang manis, ada yang pahit tidak terkecuali yang menginsafkan dan menyedarkan saya erti hidup ini sebenarnya.  Namun ia bukan penamat kepada perjalanan ini, sebuah kehidupan yang perlu saya teruskan dengan amanah dan tanggungjawab yang belum selesai.
Insya-Allah semoga Allah kurnia kepada saya  kesihatan yang baik, rezeki yang murah serta kekuatan semangat untuk terus menjalankan amanah ini kepada semua yang saya sayang,  mak, mentua, suami, anak-anak menantu, cucu serta keluarga dan sahabat handai yang sentiasa mendoakan saya dan berada di sisi saya ketika susah senang.
Tahun ini amat mencabar buat saya.. pelbagai ujian dan cabaran yang saya lalui – bukan sebagai masalah atau beban tetapi kematangan untuk lebih berbaik sangka dengan semua orang, mendoakan perkara yang baik-baik serta dibuka pintu hati untuk membaiki kelemahan dan kekurangan diri supaya menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Alhamdulillah di atas segala nikmat dan rahmatMu Ya Allah. Insya-Allah, di sebalik ujian, ada khabar gembira yang menanti saya. Tahun ini saya dan keluarga akan menerima dua orang baru dalam hidup kami, bakal menantu dan seorang cucu. Saya menunggu saat indah itu dengan doa yang tidak pernah putus dan berharap segala perancangan dan harapan Allah permudahkan. Semoga Allah kekalkan kebahagiaan keluarga saya yang semakin besar.
Benar kata pepatah, jauh berjalan luas pengalaman, walaupun perjalanan kita hanya sekadar di atas sekeping kertas, bermain dengan kata-kata dan emosi, namun ia turut mematangkan minda dan mengajar kita menjadi manusia walaupun tidak hebat di mata orang, memadai sedap mata memandang di mata suami, anak-anak menantu, keluarga dan sahabat.
Dalam usia ini saya masih belajar, masih perlu bertanya jika tidak tahu, masih perlu mencari jika belum jumpa kerana pengalaman dan ilmu tidak akan berhenti selagi manusia itu terus berjalan untuk mencarinya.
Terima kasih kepada yang mendoa dan menyokong saya selama ini. Terima kasih kepada Haji Osman, teman hidup yang amat memahami rutin hidup dan kerjaya saya dari hari pertama kami di ijabkabul hingga ke saat ini. Tidak pernah merungut apatah lagi meninggi suara. Senyumannya menghilangkan segala kesedihan saya. Dialah anugerah terindah dalam hidup yang Allah kurniakan kepada saya.
Juga terima kasih kepada mak Hajah Ronah yang melahir, mendidik dan membesarkan saya, yang tidak pernah putus berdoa dan berkongsi cerita dengan saya. Pada anak-anak, Mizan, Dafri, Eda, Atteya, Aqila dan permata hati saya, Delisha Hafiya dan arwah Dalila Hayfa, terima kasih kerana memahami kesibukan dan emosi saya serta seluruh keluarga yang berkongsi cerita setiap waktu kita berkumpul.
Kepada sahabat semua dan mereka yang pernah singgah di hati saya, hanya Allah tahu isi hati saya ini terhadap kalian semua.
Mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya dan kekalkan ukhwah ini untuk selamanya. Hidup akan saya teruskan bersama rindu yang panjang.

Al-fatihah untuk arwah Haji Hamzah, Salmah dan Dalila Hayfa. Semoga tenang di sana! Amin.

Thursday 23 January 2014

Kami yang dahulu bukan yang sekarang - Grup budak2 nakal SAS

Pertemuan pertama setelah 40 tahun di Hotel Sri Malaysia pada 2009 

 AJK persatuan  Sejarah dengan Cikgu Salha  dan Cikgu Meriam.
 AJK Persatuan Melayu - bersama cikgu Jamil


 Bercanda di tepian pantai di Port Dickson  10-12 Januari 2014 - Faridah saad, Gee, D Norsiah, saya, Faridah Musir dan Zahanim...
 Rabiah (kanan - birtday girl)  dan Ridzuan.........
 Pasangan kembar masa sekolah - Zahanim dan Noriza (Ija)...
  sentuhan artis kelas kami - Puan Zuriah Hamid - cikgu pencen ..cantik sangat 
 Dalam apartmen pun masih sempat berposing - Grup PD Januari 2014


 Di rumah D Norsiah (kiri sekali) , shazrah, Hafizah, rabiah dan D S  Shahrizat..
  Kami yang dahulu - Persembahan Puppet Dance
 Wajah wajah ceria zaman persekolahan,  W Afrah (kiri berdiri), Adawiyah Sheikh Tawab, Zuraina (jika tak silap)  duduk kiri, Fatimah,  tengah Nory dan Arwah Sharifah (kak Nab)...Alfatihah


  Kami yang dahulu ---- gambar kelas - comei2 kan! - 40 tahun sudah berlalu
Persembahan boria.....

Asalamualaikum semua ! 1974...........meski sudah hampir 40  tahun telah  berlalu. Seperti ianya baru semalam kami berpisah. Terlalu indah dan terpahat dalam memori hingga ke saat ini. Itulah detik manis ketika bersama teman-teman di Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah.

Kelas kami, 5A2 paling happening, nakal dan bijak. Belajar belajar juga tetapi diselang seli dengan aktiviti dan perangai sorang sorang yang memeningkan kepala cikgu. Alhamdulillah, kami menjadi dan hingga kini kenangan indah itu tetap segar dalam ingatan.

Cikgu Salha , Mrs Wong, Mis Toulserum, Mr Bernartd, Mr Lee, Mis Lee, Cikgu Yusof (rock Hudson), Ustaz Yusof, dan ramai lagi ....jenuh melayan perangai  kami ....
Seperti yang saya pernah cerita awal minggu ini, saya banyak menerima gambar-gambar dari teman-teman sekelas dahulu...ada yang semasa buat majlis dan ada yang saling berkunjung antara satu sama lain.
Grup kami, saya, Salha Jalal Faridah Musir, Faridah Saad, Gee (Fauziah Aziz), Zahanim,  Rabiah, D Norsiah, D Nafiza, Rabiah, Hafizah, Shazrah, Zuriah, Fauziah Hj Ismail, Fuziah Majid, Kalsom, Che Asiah,  Naziah, Nory.

Terkini kami berjumpa di Port Dickson, hanya saya, Salha  Farid, Dah Saad, Che Asiah, Hafizah, Gee, Zahanim, D Norsiah   sahaja yang hadir kerana pertemuan ini dibuat secara spontan, walaupun dah lama rancang. Alhamdulillah kami gembira malah 3 hari dua malam masih tidak cukup untuk bertukar-tukar cerita dan mengimbau kenangan lalu.

Rentetan daripada itu, Hafizah yang sangat bijak pasai teknologi ini telah membuka grup SAS Girlriends 1974 dan kami disatukan semula dengan Siti Maimunah, Zuraina, Ozaini, Zuriah, Kalsom, sh Shahrizat Noriza (ija), Anita Suriati,  dan ramai lagi (Sory kalau tak sebut nama tapi tetap ingat!).... apalagi meriahlah grup tu..macam macam cerita timbul...sambil baca sambil gelak.

Itulah memori indahnya.... Hari ini 23 Januari 2014 hari ulang tahun kelahiran Rabiah....Zuraina akan terima menantu Sabtu ini 25 januari dan Kalsom, insya-Allah pada 15 Februari ini...semua sudah bahagia, dah ada anak menantu dan cucu.Inilah kemuncak kehidupan kita sebagai manusia. Namun zaman persekolahan adalah yang terindah.

Jika masa diputarkan semula sekalipun tidak akan sama lagi .. zaman melompat di padang setiap kali sukan sekolah, masa  buat show di pentas dewan sekolah, menari, menyanyi dan berboria...sangat menarik... kami pernah dipilih sebagai kumpulan tarian terbaik sekolah menengah negeri Kedah dan dijemput mengadakan persembahan di Pesta Kedah.

Juga kenangan naik lori, kayuh basikal ke dusun di Jitra juga satu kenangan.....beraninya masa tu...balik rumah semua jadi tikus, takut kena marah dengan mak pak.....kawan-kawan semua.....mari kita perkuatkan ukhwah ini , saling ingat mengingati antara satu sama lain.  Semoga kita sentiasa di daam perlindungan Allah di dunia dan akhirat.

Alfatihah untuk teman-teman  kita yang telah dijemput Ilahi ---- persahabatan dan ikatan keluarga  tetap tersimpul mati.Sayang kamu semua! sayang sangat -sangat. Ada masa saya sambut cerita kita ya!

Wednesday 22 January 2014

Kepada yang terlepas sembang2 - isteri risau suami dikelilingi GRO

Asalamualaikum...
kepada anda yang terlepas membaca artikel saya dalam ruangan sembang2 Utusan Malaysia Sabtu lalu, sila baca...saya menerima sebarang komen positif   untuk  dikongsi bersama.



Isteri risau suami di kelilingi GRO

Bukan namanya rumah tangga jika tidak diuji. Ia pula ada pelbagai, ada yang mudah diatasi, yang sukar dan paling menyakitkan hati yang terpaksa memandam rasa dan makan hati.

Dalam sesetengah kes, ada pasangan yang berdepan dengan kerenah suami disebabkan pekerjaannya yang memerlukan dia berbuat begitu. Contohnya ahli perniagaan yang terpaksa bersaing dengan peniaga lain untuk mendapatkan tender atau bisnes.

Berhibur di kelab malam, coffe house dan trip ke luar negara menjadi agenda penting dalam kehidupan mereka, jika tidak melepaslah bisnes.

Dalam rumah tangga persefahaman, tolak ansur, kejujuran  dan saling hormat-menghormati menjadi faktor utama kebahagiaan.

Pun begitu ia tidak semudah yang dikatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya mereka yang merasanya sahaja yang tahu.

Begitu kata Lina  (bukan nama sebenar) dalam pertemuan dengan saya baru-baru ini. Dalam kehidupan ini katanya, kemewahan tidak dapat menjamin bahagia dalam rumah tangga jika hati tidak tenang.

Ingin tahu kenapa? Kita ikuti kisah yang diceritakan oleh Lina kepada saya untuk iktibar kita bersama.

“Saya berusia lewat 50-an, mempunyai empat orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan. Tiga sudah bekerja seorang masih menuntut di universiti.

“Syukur alhamdulillah, kehidupan saya agak mewah kerana mempunyai seorang suami yang berjawatan tinggi, ada kedudukan. Semua yang saya dan anak-anak inginkan boleh diperoleh dengan mudah.

“Kami telah berkahwin selama 27 tahun. Sepanjang tempoh itu hidup saya tidak tenang, selalu berfikir tentang perkara negatif yang mungkin dibuat oleh suami di belakang saya walaupun saya tahu dia tidak berbuat demikian.

“Namun naluri seorang isteri amat kuat, selalu saya syak wasangka dan berburuk sangka terhadapnya terutama apabila dia berada di luar negara.

“Memang saya bahagia sebab hidup mewah, sarat dengan kasih sayang dan anak-anak sentiasa menyokong saya, tetapi saya selalu susah hati. Bimbang jika suami akan berubah hati dan mencari perempuan lain.

“Saya kenal suami saya, dia bukan kaki perempuan tetapi kedudukannya menjadikan dia diintai ramai wanita termasuk gadis yang masih remaja yang bekerja sebagai GRO.

“Begitulah kehidupan ahli perniagaan ternama, sentiasa menjadi tumpuan dan buruan gadis yang ingin hidup mewah.
Bertemu klien, melepak di coffee house, kelab malam dan kelab dangdut menjadi amalan suami. Sudah tentu GRO ini akan menjadi peneman.

“Pernah beberapa kali saya menasihatinya supaya mengubah cara hidup dan bekerja secara lebih berhemah  tetapi alasan yang diberikan tetap sama, semuanya bergantung pada klien. Jika tidak, bisnes tak masuk.

“Saya tidak ada masalah untuk memahami kerjanya itu tetapi kadang-kadang apabila tertekan saya menjadi tidak seronok dan mula berfikir yang bukan-bukan.

“Masalahnya ialah setiap kali suami bercerita tentang pertemuannya dengan klien di kelab-kelab semuanya mesti ada GRO. Muda-muda dan cantik-cantik belaka. Malah saya juga selalu membaca mesej dan whatsapp yang dikirim oleh mereka kepada suami dengan kata-kata yang menggugat kesabaran saya sebagai isteri.

“Ayat-ayat cinta seperti I miss you, I love you dah menjadi lumrah dalam setiap mesej atau whatsapp yang dihantar. Kadang kadang saya terasa hati tetapi kata suami, dia tidak hairan dengan kata-kata itu sebab itu ayat cari makan golongan GRO tersebut.

“Saya faham dengan gaya hidup suami tetapi ada kalanya, hati isteri juga tersentuh dengan kata-kata seumpama tersebut, itu belum termasuk gambar gambar sexy yang dikirim oleh gadis-gadis itu kepada suami melalui telefon.

“Semuanya dengan niat menggoda. Saya tidak tahu kenapa gadis sekarang terlebih berani untuk meraih kemewahan... saya juga pelik mengapa klien perlu menggunakan GRO untuk mendapatkan bisnes.

“Bila difikirkan saya menjadi sedih dan tidak boleh tidur malam. Dalam usia yang semakin tua ini hati mudah tersentuh. Walaupun saya tahu suami tidak seperti apa yang saya sangka naluri saya tetap terasa.

“Pernah beberapa kali saya nasihatkan suami supaya tidak lagi melakukan urusan bisnes seperti itu tetapi nampaknya masih tidak ada perubahan.

“Suami selalu beritahu saya supaya bersabar kerana dia tidak pernah berubah hati terhadap saya. Tetapi sebagai isteri saya pasti semua pembaca faham dengan apa yang saya alami.

“Anak-anak juga memberi sokongan kepada saya dan yakin ayah mereka tidak berubah hati. Kata mereka, GRO itu hanya cari makan mama, jangan susah hati.

“Saya terfikir juga, kalau suami hendak buat jahat sudah tentu dia akan buat di peringkat awal lagi, tetapi sehingga kini setelah 27 tahun hidup bersama, saya tidak nampak sikapnya berubah terhadap saya lebih-lebih lagi apabila bercakap tentang GRO ini.

“Saya berdoa agar suami tidak akan berubah hati dan menjaga keharmonian rumah tangga yang kami nikmati sekarang sehingga ke akhir hayat kami.

“Saya selalu berdoa agar dalam masa terdekat, suami akan terbuka hatinya untuk berubah dan menukar cara hidup kepada yang lebih baik dan bersih di sisi Allah SWT.

“Mudah-mudahan Allah akan makbulkan doa saya ini, ‘’ begitu Lina menamatkan ceritanya dengan air mata bergenang.

Saya faham dengan perasaan Lina yang inginkan perubahan dalam hidupnya ke jalan yang lebih di redhai oleh Allah SWT.

Bersabarlah Lina. InsyaAllah akan ada perubahannya kelak dan jangan lupa bersyukur dengan kehidupan mewah yang Allah kurniakan kepada Lina dan keluarga selama ini.

Banyakkan bersabar dan berdoa selalu agar dalam masa terdekat Allah akan buka pintu hati suami untuk berubah dan mengubah cara hidupnya. Ingat, Allah bagi kita kemewahan dan Dia akan uji dengan cara lain. Inilah yang sedang Lina hadapi.  

Menutup kata, pesanan saya, jangan resah apabila di dalam kesusahan kerana ia akan membuatkan anda merasa hampa, sebaliknya banyakkan berdoa dan bersyukur kerana di situ ada jalan menuju ketenangan.
Salam
Normala Hamzah

Sembangsembangkakmalablogspot.com

Tuesday 21 January 2014

Nostalgia Bintang Timur


Rombongan Tarian Bintang Timur di RTM semasa menyertai  Program Seiring Sejalan 














 Gambar kenangan.. Al fatihah kepada yang telah pergi!
 Noraini,  Manaf Majid, Datuk Baharuddin Ahmad dan Kamaluddin Mat ela
Bidadari  Bintang Timur....  

Asalamualaikum sahabat.
Apa khabar...maaf la lama tak menulis di blog ini.... Saya harap sahabat semua di dalam keadaan sihat hendaknya.
Minggu ini saya banyak  mendapat khabar kawan-kawan lama semasa bekerja di Bintang Timur dan juga kawan-kawan dari Sekolah Menengah Sultanah Asma. Banyak kenangan manis yang datang kembali. Sebak pun ada. Maklumlah, sudah hampir 30 tahun masa berlalu..terlalu lama masanya itu.
Saya ingin bercerita tentang kisah di Bintang Timur, tempat pertama saya mencuba nasib sebagai wartawan.
Sekitar 1974, sebuah akhbar tabloid yang diberi nama Bintang Timur diterbitkan di Pulau Pinang. Itulah akhbar pe4rtama tabloid berbahasa Inggeris di Malaysia seingat saya.
Memang popular akhbar itu di utara.. Saya salah seorang wartawan yang belajar dan membina nama di akhbar tersebut.
Grup kami tidak ramai tapi kami mendapat didikan dan asuhan senior ternama dari Utusan Melayu Kuala Lumpur yang dipinjamkan untuk menjaga dan mengajar kami. Mereka semua sangat baik dan kami anggap seperti abang dan kakak sendiri.
Antara yang banyak berbakti kepada kami adalah Pak Mustapa Suhaimi, arwah Pak Osman Abadi, A.R Kamaluddin, Syed Malik , yang lebih mesra disapa Pak Syed (bos saya di Meja Luar Negara),. Tak lupa juga kepada Chief Salleh, En Ibrahim Mushiran, Abang Non (Zainol Fakir)  serta abang-abang dari Utusan KL seperti Norshah, Usuluddin, Hamid Yahya, Arwah Kak Zizah Ali (Sharifah Azizah), Kak Webah Salleh, Kak Jamelah Bakar dan arwah Jaafar Bakar.
Teman teman seangkatan seperti Azizah Ismail, Kak Faridah Bakar, Kaharuddin Mansor, Pak Hassan Hanafiah, Ghani Latiff, Mat Biran, Abang Kamaruddin Mat Lela, Resma, Noraini, Majmin, Yusuf, Abang Raja Harun Redzuan, Harun Osman, Zaini Hassam, Yusof Othman (jurugambar) Azizah Ismail, Azizah Operator, Zaini, Salleh, Fadzlon, Aloyah, Akbar, Bidin Baseri, Rosli Ismail, Mahani,   dan ramai lagi yang tak saya sebutkan di sini. semuanya masih segar dalam ingatan. Maaf kalau tak sebut nama ya!
Kenangan itu sukar hendak dilupakan terutama apabila mendapat gambar yang dikirim oleh Noraini beberapa hari lalu. Serta merta ingatan saya kembali...Walau di mana pun anda semua berada, saya ucapkan selamat untuk semua, semoga diberi kesihatan yang baik, diberkati hidup dunia akhirat bersama keluarga dan anak menantu dan cucu masing-masing. Amin. Panjang umur, insyaAllah kita akan berjumpa lagi,

Wednesday 15 January 2014

reunion SAS di Port Dickson.



Fauziah Aziz, Zahanim, Faridah Musir, Faridah Saad, Hafizah dan Norsiah ....saya takada, jadi jurugambar!

Salam.
Hujung minggu lalu adalah masa paling indah buat saya dan kawan-kawan lama dari  Sekolah Sultanah Asma....kami seramai 9 orang telah bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa di Port Dickson. Kononnya reunion sambil  berkongsi kisah hidup. Macam-macam cerita yang ada, kalau buat telemovie mesti rating tinggi,

Memang menggembirakan. Sedih pun ada. Maklumlah, dulu dulu semua muda belia sekarang masing-masing dengan kerenah dan perangai yang tidak berubah tetapi mengekalkan status ibu dan wanita Melayu terakhir gitu.

Alhamdulillah, saya, Salha Jalal, Faridah Saad, Faridah Musir, Hafizah, Fauziah Aziz, Zahanim Che Asiah Abdullah, dan Norsiah Bahadun melalui saat yang menggembirakan. Macam-macam cerita dikenang semula, ada yang menyebabkan kami gelak samnpai sakit perut dan sesekali sebak mengenangkan saat indah zaman sekolah yang telah berlalu.

Alhamdulillah di atas pertemuan ini... kami juga sempat bersantai ditepi pantai sambil melihat matahari terbenam,  Cik Asiah sorang saja yang berani naik jet ski.. malamnya sempat juga singgah berkaraoke untuk melepas geram....penyanyi kegemaran kami Gee, menjadi hos sementara yang lain bertindak sebagai penari dan penyanyi latar..lagu-lagu Those were the days menjadikan kami sebak dan menitis air mata.

Pada malam terkahir diadakan acara cabutan bertuah, masing masing gembira kerana membawa pulang hadiah seorang satu, kenangan terindah dalam hidup kami selepas pertemuan itu. Insya-Allah next program akan berlangsung dalam masa terdekat, turun ke Kedah melawat kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa....Terima kasih kepada 9 orang yang menjadikan pertemuan di Port Dickson macam langit nak runtuh....u all memang best! adik-adikku sayang...

Kepada Asmarian kelas 5A2, 1974 jika ingin join kami, silakan!

Lalu mari di sungai Kedah
Harum wangi si bunga kantan
Zaman sekolah sungguh indah
Tak pernah hilang dari ingatan

jumpa lagi



Ni gambar hasil usaha Puan Hafizah, yang kiri atas tu...dia mahir bab teknologi ini......tq fizah

tanya khabar

salam Rabu....apa khabar sahabat semua? lama tak dengar cerita?  harapan saya semoga semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu menjalani kehidupan harian.

Thursday 2 January 2014

2014 yang baru bermula


2014....yang baru bermula dan perjalanan yang masih panjang

Assaalmualaikum.
Hari kedua di tahun 2014.-
Apa khabar sahabat semua. Harap anda semua sentiasa di dalam keberkatan Allah dan diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kasih sayang yang tidak pernah surut  untuk terus mengharungi cabaran hidup. Awal 2014 mungkin banyak yang hendak kita lakukan. Jika dicatat tidak akan selesai hingga ke hujung tahun. Apapun,  saya berharap kita mulakan secara perlahan-lahan, satu persatu agar sesuatu yang hendak dilakukan itu akan berjalan mengikut seperti dirancang, tidak kalut dan tidak tersekat-sekat disebabkan masalah yang tidak kita duga.

Kepada ibu bapa yang anak-anaknya baru masuk sekolah, ini juga satu cabaran hebat yang akan dilalui. Komitmen, kesabaran dan prihatin adalah cara terbaik untuk menangani isu ini, tidak kira sama ada anak-anak di bangku sekolah rendah, menengah semuanya sama sahaja. Perhatian daripada kita sebagai ibu bapa paling penting agar anak tidak terasa diabai dan kurang kasih sayang.

Tentang perkara lain dalam hidup saya yakin,  anda semua tahu apa yang perlu dilakukan... di bahu kita terpikul segala tanggungjawab untuk melaksanakan semua itu. Ia bukan beban tapi amanah. Pendidikan akademik dan agama adalah anugerah terbaik untuk anak-anak. Mengingatgkan diri saya juga, jangan  membazirkan waktu, persiapkan diri untuk sebuah kelangsungan hidup yang leibih bermakna tahun ini untuk dunia dan juga akhirat.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau permudahkan segala urusan hidup kami ke arah kebaikan seperti mana yang Engkau ingini. amin