kepada anda yang terlepas membaca artikel saya dalam ruangan sembang2 Utusan Malaysia Sabtu lalu, sila baca...saya menerima sebarang komen positif untuk dikongsi bersama.
Isteri risau suami di kelilingi
GRO
Bukan namanya rumah tangga jika
tidak diuji. Ia pula ada pelbagai, ada yang mudah diatasi, yang sukar dan paling menyakitkan
hati yang terpaksa memandam rasa dan makan hati.
Dalam
sesetengah kes, ada pasangan yang berdepan dengan kerenah suami disebabkan
pekerjaannya yang memerlukan dia berbuat begitu. Contohnya ahli perniagaan yang
terpaksa bersaing dengan peniaga lain untuk mendapatkan tender atau bisnes.
Berhibur
di kelab malam, coffe house dan trip
ke luar negara menjadi agenda penting dalam kehidupan mereka, jika tidak
melepaslah bisnes.
Dalam
rumah tangga persefahaman, tolak ansur, kejujuran dan saling hormat-menghormati menjadi faktor
utama kebahagiaan.
Pun
begitu ia tidak semudah yang dikatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu
yang memikul. Hanya mereka yang merasanya sahaja yang tahu.
Begitu
kata Lina (bukan nama sebenar) dalam
pertemuan dengan saya baru-baru ini. Dalam kehidupan ini katanya, kemewahan
tidak dapat menjamin bahagia dalam rumah tangga jika hati tidak tenang.
Ingin
tahu kenapa? Kita ikuti kisah yang diceritakan oleh Lina kepada saya untuk
iktibar kita bersama.
“Saya
berusia lewat 50-an, mempunyai empat orang anak, seorang lelaki dan tiga
perempuan. Tiga sudah bekerja seorang masih menuntut di universiti.
“Syukur
alhamdulillah, kehidupan saya agak mewah kerana mempunyai seorang suami yang
berjawatan tinggi, ada kedudukan. Semua yang saya dan anak-anak inginkan boleh
diperoleh dengan mudah.
“Kami
telah berkahwin selama 27 tahun. Sepanjang tempoh itu hidup saya tidak tenang,
selalu berfikir tentang perkara negatif yang mungkin dibuat oleh suami di
belakang saya walaupun saya tahu dia tidak berbuat demikian.
“Namun
naluri seorang isteri amat kuat, selalu saya syak wasangka dan berburuk sangka
terhadapnya terutama apabila dia berada di luar negara.
“Memang
saya bahagia sebab hidup mewah, sarat dengan kasih sayang dan anak-anak
sentiasa menyokong saya, tetapi saya selalu susah hati. Bimbang jika suami akan
berubah hati dan mencari perempuan lain.
“Saya
kenal suami saya, dia bukan kaki perempuan tetapi kedudukannya menjadikan dia
diintai ramai wanita termasuk gadis yang masih remaja yang bekerja sebagai GRO.
“Begitulah
kehidupan ahli perniagaan ternama, sentiasa menjadi tumpuan dan buruan gadis
yang ingin hidup mewah.
Bertemu
klien, melepak di coffee house, kelab malam dan kelab dangdut menjadi amalan
suami. Sudah tentu GRO ini akan menjadi peneman.
“Pernah
beberapa kali saya menasihatinya supaya mengubah cara hidup dan bekerja secara
lebih berhemah tetapi alasan yang
diberikan tetap sama, semuanya bergantung pada klien. Jika tidak, bisnes tak
masuk.
“Saya
tidak ada masalah untuk memahami kerjanya itu tetapi kadang-kadang apabila
tertekan saya menjadi tidak seronok dan mula berfikir yang bukan-bukan.
“Masalahnya
ialah setiap kali suami bercerita tentang pertemuannya dengan klien di kelab-kelab
semuanya mesti ada GRO. Muda-muda dan cantik-cantik belaka. Malah saya juga
selalu membaca mesej dan whatsapp
yang dikirim oleh mereka kepada suami dengan kata-kata yang menggugat kesabaran
saya sebagai isteri.
“Ayat-ayat
cinta seperti I miss you, I love you dah menjadi lumrah dalam setiap
mesej atau whatsapp yang dihantar.
Kadang kadang saya terasa hati tetapi kata suami, dia tidak hairan dengan
kata-kata itu sebab itu ayat cari makan golongan GRO tersebut.
“Saya
faham dengan gaya hidup suami tetapi ada kalanya, hati isteri juga tersentuh
dengan kata-kata seumpama tersebut, itu belum termasuk gambar gambar sexy yang
dikirim oleh gadis-gadis itu kepada suami melalui telefon.
“Semuanya
dengan niat menggoda. Saya tidak tahu kenapa gadis sekarang terlebih berani untuk
meraih kemewahan... saya juga pelik mengapa klien perlu menggunakan GRO untuk
mendapatkan bisnes.
“Bila
difikirkan saya menjadi sedih dan tidak boleh tidur malam. Dalam usia yang
semakin tua ini hati mudah tersentuh. Walaupun saya tahu suami tidak seperti
apa yang saya sangka naluri saya tetap terasa.
“Pernah
beberapa kali saya nasihatkan suami supaya tidak lagi melakukan urusan bisnes
seperti itu tetapi nampaknya masih tidak ada perubahan.
“Suami
selalu beritahu saya supaya bersabar kerana dia tidak pernah berubah hati
terhadap saya. Tetapi sebagai isteri saya pasti semua pembaca faham dengan apa
yang saya alami.
“Anak-anak
juga memberi sokongan kepada saya dan yakin ayah mereka tidak berubah hati.
Kata mereka, GRO itu hanya cari makan mama, jangan susah hati.
“Saya
terfikir juga, kalau suami hendak buat jahat sudah tentu dia akan buat di
peringkat awal lagi, tetapi sehingga kini setelah 27 tahun hidup bersama, saya
tidak nampak sikapnya berubah terhadap saya lebih-lebih lagi apabila bercakap
tentang GRO ini.
“Saya
berdoa agar suami tidak akan berubah hati dan menjaga keharmonian rumah tangga yang
kami nikmati sekarang sehingga ke akhir hayat kami.
“Saya
selalu berdoa agar dalam masa terdekat, suami akan terbuka hatinya untuk berubah
dan menukar cara hidup kepada yang lebih baik dan bersih di sisi Allah SWT.
“Mudah-mudahan
Allah akan makbulkan doa saya ini, ‘’ begitu Lina menamatkan ceritanya dengan
air mata bergenang.
Saya
faham dengan perasaan Lina yang inginkan perubahan dalam hidupnya ke jalan yang
lebih di redhai oleh Allah SWT.
Bersabarlah
Lina. InsyaAllah akan ada perubahannya kelak dan jangan lupa bersyukur dengan
kehidupan mewah yang Allah kurniakan kepada Lina dan keluarga selama ini.
Banyakkan
bersabar dan berdoa selalu agar dalam masa terdekat Allah akan buka pintu hati
suami untuk berubah dan mengubah cara hidupnya. Ingat, Allah bagi kita
kemewahan dan Dia akan uji dengan cara lain. Inilah yang sedang Lina hadapi.
Menutup kata, pesanan saya, jangan resah apabila di dalam kesusahan kerana
ia akan membuatkan anda merasa hampa, sebaliknya banyakkan berdoa dan bersyukur
kerana di situ ada jalan menuju ketenangan.
Salam
Normala Hamzah
Sembangsembangkakmalablogspot.com
No comments:
Post a Comment