Thursday 2 January 2014

2014 yang baru bermula


2014....yang baru bermula dan perjalanan yang masih panjang

Assaalmualaikum.
Hari kedua di tahun 2014.-
Apa khabar sahabat semua. Harap anda semua sentiasa di dalam keberkatan Allah dan diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kasih sayang yang tidak pernah surut  untuk terus mengharungi cabaran hidup. Awal 2014 mungkin banyak yang hendak kita lakukan. Jika dicatat tidak akan selesai hingga ke hujung tahun. Apapun,  saya berharap kita mulakan secara perlahan-lahan, satu persatu agar sesuatu yang hendak dilakukan itu akan berjalan mengikut seperti dirancang, tidak kalut dan tidak tersekat-sekat disebabkan masalah yang tidak kita duga.

Kepada ibu bapa yang anak-anaknya baru masuk sekolah, ini juga satu cabaran hebat yang akan dilalui. Komitmen, kesabaran dan prihatin adalah cara terbaik untuk menangani isu ini, tidak kira sama ada anak-anak di bangku sekolah rendah, menengah semuanya sama sahaja. Perhatian daripada kita sebagai ibu bapa paling penting agar anak tidak terasa diabai dan kurang kasih sayang.

Tentang perkara lain dalam hidup saya yakin,  anda semua tahu apa yang perlu dilakukan... di bahu kita terpikul segala tanggungjawab untuk melaksanakan semua itu. Ia bukan beban tapi amanah. Pendidikan akademik dan agama adalah anugerah terbaik untuk anak-anak. Mengingatgkan diri saya juga, jangan  membazirkan waktu, persiapkan diri untuk sebuah kelangsungan hidup yang leibih bermakna tahun ini untuk dunia dan juga akhirat.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau permudahkan segala urusan hidup kami ke arah kebaikan seperti mana yang Engkau ingini. amin


No comments:

Post a Comment